Madrasah Tahfiz At-Toyyibat
PENERANGAN  Madrasah Tahfiz At-Tayyibat
PENERANGAN  
Madrasah Tahfiz At-Tayyibat

Beroperasi sejak tahun 2010 yang mengkhususkan untuk pelajar perempuan yang berlokasi di Alor Gajah,Melaka. Madrasah ini menawarkan pengajian Tahfiz Al-Quran (Hafalan), Syahadah Al-Quran (Kepakaran) dan pengajian Kitab Madrasah ini mempunyai kapasiti untuk memuatkan 200 pelajar.

Kemudahan yang terdapat di madrasah ini ialah surau, 2 Dewan Kelas, Dewan Makan, 2 Blok Asrama, Rumah Guru dan gelanggang sukan.

Fasiliti

SURAU

BLOK ASRAMA

KELAS PENGAJIAN AL-QURAN DAN KITAB

DEWAN MAKAN

Kaedah Pengajian

PERINGKAT KE – 1
(IQRA’)

TEMPOH 3 – 6 BULAN

butir-butir khusus

Bermula dari buku Iqra 1 hingga buku iqra 6. Peringkat ini adalah peringkat pengenalan bagi murid yang baru mahu belajar membaca al-quran.

Pada masa ini murid akan dibimbing untuk mengenal huruf, kaedah menyebut dan membaca huruf tunggal dan huruf bersambung dan menyebut makhraj huruf dengan betul.

Ditahap ini murid akan mengambil masa 3-6 bulan.

PERINGKAT KE – 2 (NAZIRAH- Al-Quran)

TEMPOH 10 – 12 BULAN

butir-butir khusus

Tahap mempelajari Al-quran. Murid akan dibimbing memahami ilmu tajwid dalam teori dan praktikal.

Mengasah kelancaran membaca, mengamalkan tajwid dalam bacaan setiap hari serta mengkhatamkan 30 juzuk al-quran dalam bentuk bacaan tanpa hafaz.

Dalam proses ini murid diwajibkan menguasai beberapa tahap bagi memenuhi syarat sebelum diluluskan untuk menghafaz.

PERINGKAT KE – 3
(HAFAZAN)

TEMPOH 3-5 TAHUN

butir-butir khusus

Pada peringkat ini murid akan mulai menghafaz dengan kaedah dan tertib susunan juzu' dan surah yang telah ditetapkan. Susunan seperti dibawah ini:

1. Menghafaz 4 surah terpilih

  • Surah Yaasin
  • Surah As-Sajadah
  • Surah Ad-Dhukhan
  • Surah Al-Mulk

2. Menghafaz juzu’ 30 dan 29 dahulu
Setelah tamat menghafal juz Amma dan 4 surah terpilih di atas, murid sudah dapat dinilai kemampuan menghafalnya. Jika hafazannya dapat diingat dengan baik, maka pelajar tersebut berpotensi mampu menghafal juzu'-juzu' yang lain.

Bagi murid yang tidak dapat menghafaz dan mengingat dengan baik diperingkat ini, maka kebiasaannya murid tidak akan mampu menghafaz lebih banyak lagi. Bagi yang mampu dan berjaya melepasi tahap ini dengan baik, boleh diteruskan;

PERINGKAT KE – 4 (SYAHADAH)

TEMPOH 1 TAHUN

butir-butir khusus

Peringkat ini adalah peringkat pengukuhan atau proses membuat kepakaran dalam hafazan. Murid dikehendaki mengkhatamkan sebanyak 40 kali. Murid akan mengulang setiap juzu’ dengan mengikut tertib dan kaedah yang telah ditentukan sehingga murid dapat membaca hafazannya sebanyak 30 juzu’ tanpa salah.

Murid yang telah tamat dalam proses ini akan melalui ujian akhir iaitu membaca 30 juzu’ dalam satu hari dihadapan para pentasmi’ dan ahli penal yang telah dilantik.

Bagi Murid yang telah selesai membaca 30 juzu’ al-quran dalam tempoh 1 hari dan kesalahan tidak melebihi had yang telah ditetapkan, maka murid ini diishtiharkan lulus dan layak menerima sijil syahadah.

Murid disarankan untuk melanjutkan pengajian dibidang syariah atau akademik di intitusi-intitusi terpilih.

Pencapaian

carta alir proses sistem manghafal

carta alir proses pengajian tahfiz al-quran