Pengajian Tradisi Al-Islah
PENERANGAN  PENGAJIAN TRADISI AL-ISLAH
PENERANGAN
PENGAJIAN TRADISI AL-ISLAH

Beroperasi sejak tahun 2010 yang mengkhususkan untuk pelajar separuh masa yang berlokasi di Masai, Johor. Pengajian tradisi menawarkan pengajian Tahfiz Al-Quran dan Kelas Fardhu Ain kepada pelajar kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Kelas Pengajian

Kaedah Pengajian

PERINGKAT KE – 1 (IQRA’)

TEMPOH 3 – 6 BULAN

butir-butir khusus

Bermula dari buku Iqra 1 hingga buku iqra 6. Peringkat ini adalah peringkat pengenalan bagi murid yang baru mahu belajar membaca al-quran.

Pada masa ini murid akan dibimbing untuk mengenal huruf, kaedah menyebut dan membaca huruf tunggal dan huruf bersambung dan menyebut makhraj huruf dengan betul.

Ditahap ini murid akan mengambil masa 3-6 bulan.

PERINGKAT KE – 2 (NAZIRAH- Al-Quran)

TEMPOH 10 – 12 BULAN

butir-butir khusus

Tahap mempelajari Al-quran. Murid akan dibimbing memahami ilmu tajwid dalam teori dan praktikal.

Mengasah kelancaran membaca, mengamalkan tajwid dalam bacaan setiap hari serta mengkhatamkan 30 juzuk al-quran dalam bentuk bacaan tanpa hafaz.

Dalam proses ini murid diwajibkan menguasai beberapa tahap bagi memenuhi syarat sebelum diluluskan untuk menghafaz.