Sumbangan

PROGRAM TAJAAN ANAK ANGKAT

Pihak Madrasah mengalu-alukan mana-mana penaja yang ingin menaja sebahagian daripada kos pengajian pelajar-pelajar di madrasah. Tajaan ini serendah RM150 sebulan sahaja. Semua tajaan bagi menampung sebahagian kos pembelajaraan untuk 1 orang pelajar dibawah Skim Projek Tajaan Anak Angkat yang terdiri daripada anak Yatim, Fakir Miskin dan Fisabililah.

INFAQ UMUM

Projek infaq umum berlangsung sepanjang tahun dan pihak madrasah menerima segala sumbangan
yang diberikan oleh orang ramai. Projek infaq umum ini bertujuan untuk menampung segala kos
perbelanjaan operasi sepanjang tahun pelajar seperti bil utiliti dan sebagainya.

WAKAF PEMBINAAN

Pihak Madrasah mengalu-alukan mana-mana penaja yang ingin mewaqaf sebahagian harta anda
bagi pembangunan madrasah yang terletak di Lot 651, Mukim Sungai Petai,Alor Gajah,Melaka. Waqaf yang diperlukan sebanyak RM 350 ribu

TAJAAN PELAJAR KE YAMAN

Pusat Bimbingan Al-Islah juga mencari dan menerima tajaan dana untuk pelajar menyambung
pengajian kitab di Institut pengajian tinggi di Tarim,Yaman. Dana yang diperlukan untuk menanggung
keseluruhan kos pengajian adalah sebanyak RM 30000 bagi 4 orang pelajar.

PROJEK TAJAAN BAHAN MENTAH

Projek Tajaan Bahan Mentah adalah sebuah projek dimana kami memilih kedai runcit untuk
membantu mempromosikan tajaan bahan mentah ini. Tajaan bahan mentah ini adalah makanan
keperluan asas harian seperti telur, minyak masak, beras, kicap, mi kuning dan sebagainya.